CSR

Program Bersama Anak-Anak Yatim Sempena Lawatan Pengukuhan Ukhuwah Kumpulan TH Properties

May 17, 2018
 Program Bersama Anak-Anak Yatim Sempena Lawatan Pengukuhan Ukhuwah Kumpulan TH Properties
 
Sempena Lawatan Pengukuhan Ukhuwah yang berlangsung pada 30 September – 3 Oktober 2016, Kumpulan TH Properties telah menganjurkan gotong-royong diadakan di rumah-rumah anak yatim sebagai sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat syarikat. Dua buah rumah anak yatim telah dikenal pasti untuk aktiviti tersebut iaitu Asrama Anak-Anak Yatim Darul Falah di Marang, Terengganu dan Asrama Anak-Anak Yatim Salimah di Bachok, Kelantan. TH Properties juga turut menyumbang dana kepada rumah-rumah anak yatim tersebut untuk kegunaan harian dan proses pembaikpulihan tempat tinggal anak-anak yatim berkenaan.