CSR

Sambutan Aidilfitri Bersama Anak-Anak Yatim Bandar Enstek

May 17, 2018
 Sambutan Aidilfitri Bersama Anak-Anak Yatim Bandar Enstek
 
Kumpulan TH Properties telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada 23 Julai 2016 di Pusat Komuniti Islam, Bandar Enstek yang baru sahaja dirasmikan sebulan sebelumnya. Dihadiri hampir 300 orang yang terdiri dari tetamu korporat, penduduk setempat, anak-anak yatim dan fakir miskin serta kakitangan TH Properties, majlis tersebut berlangsung dengan meriah apatah lagi suasana diceriakan dengan persembahan “buskers” sambil tetamu menikmati pelbagai juadah yang tersedia. Sumbangan derma dan duit raya juga diberikan untuk anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Asnaf Murni – Sendayan, Baitul Barokah Wal Mahabbah, Rumah Amal Asnaf Al-Barakh serta anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal dari Kg Jijan dan Bandar Enstek.