loader image

KENYATAAN TH PROPERTIES SDN. BHD. TENTANG ISU VIDEO

SIARAN AKHBAR

KENYATAAN TH PROPERTIES SDN. BHD. TENTANG ISU VIDEO

KUALA LUMPUR, 25 Disember 2020 – TH Properties Sdn. Bhd. mengambil maklum isu tular sebuah video yang memaparkan perbincangan mesyuarat dalaman pengurusan syarikat ini.

TH Properties kesal dengan pengambilan dan penyebaran video mesyuarat yang hanya melibatkan kakitangan pengurusan terpilih ini kerana jelas bertentangan dengan polisi syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Damanhuri Mahmod telah mengeluarkan permohonan maaf atas video tular tersebut.

“Perlakuan saya tidak mencerminkan nilai syarikat dan saya mohon maaf. Kami akan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih positif untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni bagi warga TH Properties,” katanya.

TAMAT

Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
TH Properties Sdn. Bhd.

How can we help you?

From industrial parks to building dream homes, our prowess in a diverse set of businesses is what truly drives us forward.