Media

Press Releases

PERMINTAAN TERHADAP PENYERAHAN PRODUK YANG BERKEKALAN DAN BERETIKA

23 Dec 2013

PERMINTAAN TERHADAP PENYERAHAN PRODUK YANG BERKEKALAN DAN BERETIKA

Para pengguna hari ini perlukan bukan saja produk yang berkualiti tinggi tetapi juga penyerahan produk yang berkekalan dan beretika kerana isu Kualiti, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (QSHE) menjadi kian penting dan membangkitkan keprihatinan awam..

Sehubungan itu, organisasi-organisasi perlu memberi lebih perhatian terhadap kualiti produk, piawaian dan keperluan, peraturan dan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta kebimbangan alam sekitar, kata Dato’ Roszali Othman, Pengarah Urusan Kumpulan TH Properties Group.

Ketika berucap di majlis pelancaran Kempen QSHE Pertama TH Properties 2013 pada 18 Disember 2013, beliau berkata organisasi dan syarikat mesti mengatasi isu ini dengan efektif kerana sebarang kesilapan atau kejadian akan mengundang bencana dalam era baru media sosial dan maklumat 24/7 ini. Ucapan beliau telah disampaikan oleh Pengarah TH Properties, Tuan Haji Mohamed Rahim Bin Ismail.

QSHE 2013 yang dianjurkan oleh TH Properties sebagai sebahagian daripada strategi mereka untuk menyerap dasar dan proses QSHE dalam budaya kerjanya telah dirasmikan oleh Datuk Ir Hamzah Hasan, Pengerusi Lembaga Industri Pembinaan.

Datuk Ir Hamzah berkata memandangkan bilangan kemalangan semakin bertambah di kawasan pembinaan, penekanan berkesan perlu diberikan kepada perihal  keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) dalam proses pembinaan supaya tahap keyakinan terhadap keselamatan di kawasan-kawasan pekerjaan dapat ditingkatkan.

Beliau menggesa semua pihak agar mengamalkan Sistem Penilaian Keselamatan & Kesihatan dalam Pembinaan (SHASSIC) di projek dan kawasan pembinaan masing-masing serta mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan tahap OSH yang optimum. 

Sebanyak 112 peserta terdiri daripada para kontraktor, perunding, vendor, rakan niaga dan pemegang kepentingan telah menghadiri acara dua hari itu yang merangkumi beberapa presentasi oleh para pakar industri  dalam QSHE.

Tambah Dato’ Roszali program tersebut telah dianjurkan sebagai acara hujung tahun bagi menandakan kemuncak kepada pelbagai inisiatif QSHE yang diambil oleh Kumpulan TH Properties pada tahun ini.

Menurut beliau, tema acara “Mengurus Isu QSHE Dengan Berkesan melalui Sistem Pengurusan” amat bertepatan memandangkan masanya telah tiba untuk memberikan tumpuan terhadap peningkatan sistem pengurusan Alam Sekitar QSHE ke arah pembangunan yang berkekalan. 
“Selaku kontraktor dan pemaju hartanah yang bertanggungjawab, TH Properties juga sedar akan impak kegiatannya terhadap alam sekitar, dan akan berusaha sebaik mungkin untuk meminimumkan dan mengawal impak buruk di mana saja syarikat beroperasi,” tambah beliau.
...........................................................................................................................................................................................................................

Mengenai Kumpulan Syarikat TH Properties

Kumpulan Syarikat TH Properties ialah sebuah kumpulan bersepadu yang dimiliki sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji, yang giat dalam pembangunan hartanah, pembinaan dan pengurusan kemudahan. 

Projek pembangunan utamanya ialah Bandar Enstek, Negeri Sembilan, dengan keluasan 5,119 ekar terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Pembangunan pemenang anugerah ini, dengan jumlah lebih 10,000 orang penduduk, menawarkan perancangan dan rekabentuk kontemporari, berserta kemudahan dan prasarana terkini. Ia sudah terkenal sebagai pusat industri bioteknologi dan juga telah diberikan status HALMAS (hab halal), membuat Techpark@Enstek ini pilihan pertama bagi syarikat multinasional dalam industri makanan. Ia juga merupakan pusat akademik, dengan kolej dan institusi kebangsaan dan antarabangsa yang terkenal, berserta kompleks latihan dan pembangunan profesional.

TH Properties juga mempunyai rekod yang luas dalam pembangunan, pengurusan dan pembinaan projek-projek, termasuk bangunan pejabat, hospital, hotel, kemudahan kerajaan dan infrastruktur. Projek-projek semasa termasuk Kompleks Pentadbiran Islam di Putrajaya dan Hotel dan Pusat Konvensyen Tabung Haji di KLIA.

oo0oo
Dikeluarkan oleh TH Properties Sdn Bhd
menerusi Eric Pringle Associates Public Relations Sdn Bhd. 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi S. Loganathan/Andreas Arphan
 di e-mel: loga@epapr.com.my atau tel: 2161-7144