loader image

Thp Sinar Dan Ocs Group UK

Thp Sinar Dan Ocs Group Uk Ganding Tenaga Untuk Menyediakan Perkhidmatan Pengurusan Hartanah Dan Kemudahan Di United Kingdom

London, 19 Disember 2013 – Syarikat pengurusan kemudahan, THP Sinar, hari ini menandatangani Perjanjian Usahasama bersama OCS Group UK Ltd untuk menubuhkan THPS-OCS Services Ltd, sebuah syarikat usahasama yang akan menyediakan perkhidmatan pengurusan hartanah dan kemudahan kepada hartanah milik atau kawalan rakyat Malaysia di United Kingdom.

Majlis tersebut disaksikan oleh Y.Bhg Dato’ Sri Zakaria Sulong, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom, dan Dato’ Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji. 

Dokumen berkenaan telah ditandatangani oleh Dato’ Roszali Othman, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat TH Properties dan Mohd Said Osman, Pengarah THP Sinar bagi pihak THPS Capital, dan Martin Gammon, Ketua Pengarah Eksekutif OCS, UK and Mark Walls, Pengarah Urusan OCS Property & Energy Mangement bagi pihak OCS.

“Perjanjian usahasama ini menandakan satu lagi peristiwa penting terhadap peningkatan kehadiran para pelabur dan pemaju Malaysia dalam pasaran hartanah UK. Kami memanfaatkan pengalaman THP Sinar dan OCS Group untuk menyediakan nilai tambah dan keyakinan kepada para pelabur hartanah Malaysia sekarang dan prospektif di UK,” jelas Dato’ Azizan Abd Rahman, Pengerusi TH Properties Group.

Banyak syarikat Malaysia, swasta mahupun yang berhubung dengan Kerajaan, telah menjadi pelabur penting dalam pasaran hartanah London sejak lebih tiga tahun lalu dengan perolehan mencecah 4 bilion pound sterling. Ketika ini Lembaga Tabung Haji mempunyai dua buah bangunan pejabat di London. Sebuah di 10 Queen Street Place dan sebuah lagi 151 Buckingham Palace Road.

THP Sinar adalah sebuah syarikat usahasama antara TH Properties Group yang dimiliki sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji dan Sinar Jernih Sdn Bhd, sebuah syarikat pengurusan kemudahan yang terkemuka di Malaysia. Selain menguruskan bangunan-bangunan pejabat Lembaga Tabung Haji di Malaysia, THP sinar telah memperolehi kontrak kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pelbagai hospital dan hotel.

OCS Group adalah syarikat pengurusan kemudahan milik persendirian yang terbesar di UK. Ia juga merupakan penyedia pengurusan kemudahan mutlak antarabangsa (TFM) dengan lebih 85,000 kakitangan yang menguruskan perkhidmatan di 40 buah negara di seluruh dunia dengan pusing ganti lebih 840 juta pound sterling.

Mengenai Kumpulan Syarikat TH Properties

Kumpulan Syarikat TH Properties ialah sebuah kumpulan bersepadu yang dimiliki sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji, yang giat dalam pembangunan hartanah, pembinaan dan pengurusan kemudahan.

Kumpulan ini sedang memajukan Bandar Enstek, bandar baru yang semakin matang seluas 5,119 ekar berhampiran dengan KLIA. Pembangunan pemenang anugerah ini telah menarik institusi terkemuka dan pelabur perindustrian, dan dengan status HALMAS, Bandar Enstek telah menjadi pusat bagi syarikat bioteknologi termasuk Naz Medical, Pure Circle dan Felda Biotechnology. Syarikat multinasional dan jenama global seperti Coca Cola Bottlers, JOWAT, CROWN, dan Taiwan Hon Chuan juga mempunyai kemudahan di sini.

Institusi lain yang sudah beroperasi di sini termasuk Akademi Audit Negara, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, Cempaka International Ladies’ College, Kolej Tunku Kurshiah, and Politeknik Nilai.

oo0oo
Dikeluarkan oleh TH Properties Sdn Bhd
menerusi Eric Pringle Associates Public Relations Sdn Bhd.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi S. Loganathan/Andreas Arphan
di e-mel: loga@epapr.com.my atau tel: 2161-7144

How can we help you?

From industrial parks to building dream homes, our prowess in a diverse set of businesses is what truly drives us forward.